Modal Budaya Sebagai Penentu Literasi Kesihatan di Ipoh, Perak
Abstract
ABSTRAK Tahap literasi kesihatan yang berbeza dalam kalangan masyarakat Malaysia mencerminkan wujudnya ketidaksamarataan sosial yang berpunca daripada perbezaan pendidikan, pengalaman budaya serta cara komuniti berinteraksi dengan maklumat kesihatan. Dalam konteks ini, kemampuan mengakses, memahami, dan menggunakan maklumat kesihatan tidak hanya bergantung kepada pengetahuan kognitif, tetapi turut ditentukan oleh modal budaya yang membentuk cara individu menilai serta mentafsir maklumat tersebut. Berasaskan Teori Modal Budaya Pierre Bourdieu, kajian ini meneliti bagaimana tiga bentuk modal budaya iaitu terjelma (embodied), objektif (objectified), dan institusi (institutionalized) berperanan sebagai penentu tahap literasi kesihatan komuniti bandar di Ipoh, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif, melibatkan 325 orang responden yang dipilih melalui pensampelan kluster berperingkat. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Spearman bagi menilai kekuatan hubungan antara pemboleh ubah. Hasil analisis menunjukkan bahawa modal terjelma muncul sebagai faktor yang paling signifikan dan dominan dalam meningkatkan keupayaan individu mengakses, memahami, menilai, dan mengaplikasikan maklumat kesihatan secara berkesan. Dapatan ini mengesahkan bahawa literasi kesihatan tidak dapat dipisahkan daripada konteks budaya sebagai salah satu penentu sosial kesihatan masyarakat. Oleh itu, usaha mempertingkatkan literasi kesihatan perlu disesuaikan dengan realiti sosial dan disokong oleh institusi pendidikan serta jaringan komuniti yang sensitif terhadap budaya setempat. Kata kunci: modal budaya, literasi kesihatan, penentu sosial kesihatan, ketidaksamarataan sosial; sosiologi ABSTRACT Variations in health literacy levels among Malaysian communities reflect underlying social inequalities arising from differences in educational attainment, cultural experiences, and the ways communities engage with health information. In this context, the ability to access, understand, and use health information is not solely dependent on cognitive knowledge but is also shaped by cultural capital, which influences how individuals evaluate and interpret such information. Grounded in Pierre Bourdieu’s Theory of Cultural Capital, this study examines how three forms of cultural capital—embodied, objectified, and institutionalized—function as determinants of health literacy among an urban community in Ipoh, Perak. Employing a quantitative research design, the study involved 325 respondents selected through multistage cluster sampling. The data were analysed using descriptive statistics and Spearman’s correlation to assess the strength of relationships between variables. The findings indicate that embodied cultural capital emerges as the most significant and dominant factor in enhancing individuals’ capacity to access, understand, appraise, and apply health information effectively. These results affirm that health literacy cannot be separated from cultural context as a key social determinant of population health. Therefore, efforts to improve health literacy should be aligned with social realities and supported by educational institutions and community networks that are sensitive to local cultural contexts. Keywords: cultural capital, health literacy, social determinants of health, social inequality, sociology